Kamis, 29 September 2011

Generasi Komputer

1. Komputer Generasi Pertama (1942-1958)
  •  Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum)
  • .Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
  •  Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
  • Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah. 
2. Komputer Generasi Kedua(1959-1964)
  • Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
  •  Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
  • Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
  • Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
  • Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
  • Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
  • Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
  • Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.


3. Komputer Generasi Ketiga(1964-1970)
  • Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
  • Atur cara lebih serasi.
  • Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
  • Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
  • Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
4. Komputer Generasi Keempat(1971-1999)
  • Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
  • Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
  • Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
  • Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory( CD ROM ).
  • Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
5. Komputer Generasi Kelima(2000-2006)
  • Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.
  • Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
  • Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
  • Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
6. Komputer Generasi Keenam(2007-2009)
  •  Mencapai teraflops yaitu aritmatika sepuluh perdetik.
  • RISC (Reduced Instruction Set Computing) merupakan sebuah arsitektur komputer atau arsitektur    komputasi modern dengan instruksi-instruksi dan jenis eksekusi yang paling sederhana. Arsitektur ini digunakan pada komputer dengan kinerja tinggi, seperti komputer vektor.
  • Pipelening untuk jumlah instruksi yang dapat ditingkatkann dalam satu unit waktu.
  • Pemrosesan parallel.
  • Bahasa pemrograman tingkat tinggi (lebih dekat dengan manusia).
7. Komputer Generasi Ketujuh(2010-sekarang)
 
Apple sejauh ini sudah mengumumkan dua jenis model iPad. Model Wi-Fi dengan Wi-Fi 802.11a/b/g/n dengan berat 680 gram yang akan dipasarkan 3 April 2010 dan model Wi-Fi + 3G yang memungkinkan pengguna untuk menggunakan jaringan HSDPA dengan berat 730 gram, yang akan dipasarkan pada akhir April 2010. Produk ini memiliki desain layar multi-sentuh 9.56x7.47 inci dengan lebar layar 9.7 inci atau sekitar 25 sentimeter (cm), yang dilengkapi LED backlight dengan teknologi IPS (singkatan dari In-Plane Switching), resolusi 1024x768 piksel, kapasitas memori flash drive mulai dari kisaran 16 gigabita (Gb) hingga 64 Gb, prosesor 1 gigahertz (GHz) Apple A4, baterai lithium-polymer yang dapat bertahan hingga 10 jam pemakaian, mendukung pemutaran audio dengan format AAC, MP3, VBR, audible, apple lossless, AIFF dan WAV serta mendukung format video H.264 hingga 720p, .m4v, .mp4, .mov, dan MPEG-4. Selain itu juga terdapat Bluetooth 2.1, kompas digital, GPS, Wi-Fi (802.11a/b/g/n), dock connector, built-in speaker, mikrofon, 3.5-mm stereo headphone jack dan menggunakan sistem operasi yang sama dengan sistem operasi iPhone.